UTAMA

Thursday, January 27, 2011

KENANGAN SKCS (2) TAHUN 2010

Tuesday, December 28, 2010

SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Sentul telah ditubuhkan pada Januari 1940 dengan nama asal sekolah ini ialah Holy Infant Jesus Convent Sentul, Kuala Lumpur. Guru Besar yang pertama sekolah ini adalah Sister Stephanie. Pada permulaan penubuhan sekolah ini, terdapat seramai 7 orang guru termasuklah guru besar, 7 bilik darjah dari tahun 1 hingga tahun 5 dan seramai 294 murid.

Bangunan Sekolah Menengah Convent Sentul adalah lokasi asal Sekolah dan sehingga sekarang sekolah menengah itu masih wujud lagi. Pembinaan SRK Convent Sentul pada tahun 1959 oleh kerajaan negeri Selangor dengan keluasan tanah seluas 2.7 ekar dan pada tahun 1961 SRK Convent Sentul berpindah ke bangunan baru di Jalan Tanah Lapang, Sentul. Perpindahan ke bangunan baru di Jalan Tanah Lapang, Sentul telah mewujudkan dua buah sekolah iaitu SRK Convent Sentul 1 dan SRK Convent Sentul 2.

Pada tahun 1970 kerajaan negeri telah memperuntukan untuk pembesaran kantin sekolah dilakukan, pada tahun 1980 ia diteruskan dengan pembukaan serta perasmian perpustakaan oleh Y.B. Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, En. Annas Hj. Ahmad. Moto sekolah ditukarkan dengan moto baru dalam tahun yang sama pada tahun 1980 iaitu ‘Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti’ ringkas, tetapi mengandungi maksud yang dalam. Tulus dengan Fadilah adalah berhadapan dengan Tuhan dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Ia bermakna amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersama dengan semangat kekeluargaan. Kejujuran ini berkehendakan pengakuan kita tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan kita perlu berusaha untuk menghapuskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.

Azam dengan Bakti bererti menyedari bahawa kewajipan kita adalah berkhidmat untuk orang lain. Berkhidmat untuk orang lain menggunakan tenaga kerana ia diperlukan setiap hari dan masa. Hanya bila seseorang itu mengenepikan kepentingan diri sendiri dan kecenderungannya, barulah ketabahan dalam kewajipan ini dapat dicapai sepenuhnya. Khidmat yang tiada batasnya ini bermula dalam diri kita sendiri.

Pada tahun 1986, SRK Convent Sentul 1 dan 2 telah mengadakan sambutan Jubli Perak. Perkembangan sejarah sekolah ini telah memberi kesan perubahan fizikal, intelek, dan rohani dari masa ke semasa sehingga sekarang. Peredaran masa dari zaman ke zaman adalah satu proses yang berlainan, ini semua bergantung kepada persekitaran. Dari situ wujudnya sejarah sesuatu tempat dan sekarang kita mendukung cita-cita negara di mana perpaduan diutamakan iaitu 1 Malaysia ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Sunday, December 26, 2010

LAGU SEKOLAH

MOTO SEKOLAH



LENCANA SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami warga SKCS 2 dengan penuh tekad dan semangat berikrar dan berjanji akan menumpukan
sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Memastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
  3. Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan, berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meninggikan martabat guru sehingga ke taraf dunia.
  4. Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibubapa/penjaga melalui saluran PIBG bagi meningkatkan kemajuan, menjalin perpaduan dan hubungan baik sejajar dengan slogan “Masyarakat Penyayang”
  5. Memastikan sekolah sebagai sebuah institiusi ilmu yang peka dan prihatin terhadap kehendak pelanggannya ( murid, guru,ibubapa,masyarakat dan Negara )
  6. Berusaha menyediakan segala kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan sebarang kesulitan samada dalam P & P , kokurikulum dan Negara.
  7. Menjalin hubungan yang akrab lagi ikram antara sekolah dengan masyarakat setempat danagensi- agensi yang berkenaan.

Thursday, October 28, 2010

LOKASI SKCS(2)



SK CONVENT SENTUL (2), JALAN TANAH LAPANG, 51000 KUALA LUMPUR.