Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Sentul telah ditubuhkan pada Januari 1940 dengan nama asal sekolah ini ialah Holy Infant Jesus Convent Sentul, Kuala Lumpur. Guru Besar yang pertama sekolah ini adalah Sister Stephanie. Pada permulaan penubuhan sekolah ini, terdapat seramai 7 orang guru termasuklah guru besar, 7 bilik darjah dari tahun 1 hingga tahun 5 dan seramai 294 murid.
Bangunan Sekolah Menengah Convent Sentul adalah lokasi asal Sekolah dan sehingga sekarang sekolah menengah itu masih wujud lagi. Pembinaan SRK Convent Sentul pada tahun 1959 oleh kerajaan negeri Selangor dengan keluasan tanah seluas 2.7 ekar dan pada tahun 1961 SRK Convent Sentul berpindah ke bangunan baru di Jalan Tanah Lapang, Sentul. Perpindahan ke bangunan baru di Jalan Tanah Lapang, Sentul telah mewujudkan dua buah sekolah iaitu SRK Convent Sentul 1 dan SRK Convent Sentul 2.
Pada tahun 1970 kerajaan negeri telah memperuntukan untuk pembesaran kantin sekolah dilakukan, pada tahun 1980 ia diteruskan dengan pembukaan serta perasmian perpustakaan oleh Y.B. Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, En. Annas Hj. Ahmad. Moto sekolah ditukarkan dengan moto baru dalam tahun yang sama pada tahun 1980 iaitu ‘Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti’ ringkas, tetapi mengandungi maksud yang dalam. Tulus dengan Fadilah adalah berhadapan dengan Tuhan dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Ia bermakna amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersama dengan semangat kekeluargaan. Kejujuran ini berkehendakan pengakuan kita tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan kita perlu berusaha untuk menghapuskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.
Azam dengan Bakti bererti menyedari bahawa kewajipan kita adalah berkhidmat untuk orang lain. Berkhidmat untuk orang lain menggunakan tenaga kerana ia diperlukan setiap hari dan masa. Hanya bila seseorang itu mengenepikan kepentingan diri sendiri dan kecenderungannya, barulah ketabahan dalam kewajipan ini dapat dicapai sepenuhnya. Khidmat yang tiada batasnya ini bermula dalam diri kita sendiri.
Pada tahun 1986, SRK Convent Sentul 1 dan 2 telah mengadakan sambutan Jubli Perak. Perkembangan sejarah sekolah ini telah memberi kesan perubahan fizikal, intelek, dan rohani dari masa ke semasa sehingga sekarang. Peredaran masa dari zaman ke zaman adalah satu proses yang berlainan, ini semua bergantung kepada persekitaran. Dari situ wujudnya sejarah sesuatu tempat dan sekarang kita mendukung cita-cita negara di mana perpaduan diutamakan iaitu 1 Malaysia ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
0 comments:
Post a Comment